Ambil vaksin atau tidak, Djokovic tetap dalam senarai Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Ambil vaksin atau tidak, Djokovic tetap dalam senarai Terbuka Australia

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Sama ada sudah divaksin atau tidak, Novak Djokovic boleh mempertahankan kejuaraan tenis Terbuka Australia yang akan membuka kempen pada 17 Januari depan.

Sehingga hari ini, jaguh No. 1 dunia dari Serbia itu enggan mendedahkan status vaksina­sinya sedangkan Australia mewajibkan pemain mengambil vaksin Co­vid-19 jika mahu menyertai kejohanan.

Semalam, namanya tetap disenaraikan oleh penganjur, bermakna dia berpeluang memburu gelaran buat kali-10.

Terbuka Australia 2022 ba­gaimanapun akan berlangsung tanpa juara wanita tujuh kali, Serena Williams.

SERENA WILLIAMS

Bintang Amerika Syarikat (AS) itu mengesahkan tidak akan bertanding dalam kejohanan Grand Slam pembuka tirai tersebut kerana tidak cergas.

“Ia adalah keputusan yang sukar tetapi saya belum bersedia secara fizikal untuk bertanding dalam kejohanan besar seperti ini.

“Saya sangat rindu hendak bertemu peminat tetapi saya mahu memastikan fizial saya berada dalam keadaan terbaik dan benar-benar bersedia jika mahu beraksi,” ujar pemilik 23 gelaran Grand Slam itu.

Bintang remaja sensasi Bri­tain yang juga juara Terbuka AS, Emma Raducanu pula bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu.

Rakan sepasukannya, Cameron Norrie, Dan Evans dan Heather Watson turut berada dalam senarai peserta.

Juara Grand Slam 20 kali, Roger Federer dijangka tidak bertanding kerana baru menjalani pembedahan lutut, ma­nakala juara 2014, Stanislas Wawrinka tersisih akibat kece­deraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya