VALENCIA, Sepanyol: Lega tapi detik yang cukup sukar.
Itulah situasi legenda motosikal Itali, Valentino Rossi ketika beraksi dalam perlumbaan terakhir sebagai seorang pelumba MotoGP dunia malam tadi.
Selepas 26 tahun bersaing dalam perlumbaan dua roda itu, Rossi, 42, akhirnya mengucapkan selamat tinggal dengan penuh emosi, malah ribuan peminat motosikal memberikan penghormatan buatnya dengan membanjiri Litar Ricardo Tormo.
Menjadikan pasukan dari Malaysia, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) sebagai ‘rumah’ terakhirnya, Rossi menamatkan Grand Prix Valencia di tangga ke-10 dalam perlumbaan ke-432 sejak membuat penampilan sulung pada 1996.
Fantastic! ???#GrazieVale #ValenciaGP ? pic.twitter.com/C52fOfnpnO
— MotoGP™? (@MotoGP) November 14, 2021
“Saya sangat bermotivasi dan fokus seperti bertarung merebut kejuaraan kerana perlumbaan terakhir musim ini adalah perlumbaan terakhir saya, jadi ia sangat penting.
“Ia tidak mudah kerada ada begitu banyak tekanan tetapi saya berupaya berada dalam kelompok 10 terbaik, bermakna saya menamatkan karier panjang antara 10 penunggang terbaik dunia!.
“Ia penting buat saya, Saya boleh sentiasa katakan bahawa pada perlumbaan terakhir, saya menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik. Itu paling penting, cuba untuk menjadi kompetitif, kerana saya masih seorang pelumba.
“Saya tidak mahu menamatkan perlumbaan di tempat terakhir,” pelumba yang terkenal dengan julukan The Doctor itu.
These scenes will never be forgotten ?@ValeYellow46's legendary career may never be topped! ?#GrazieVale #ValenciaGP ? pic.twitter.com/l4tZMQaLu9
— MotoGP™? (@MotoGP) November 14, 2021
Nama Rossi dan nombor ‘VR46’ kelihatan di segenap pelusuk Litar Ricardo Tormo ketika peminat MotoGP memberikan penghormatan terhadapnya.
“Ia minggu yang amat istimewa,” kata Rossi yang menang tujuh gelaran utama (500cc dan MotoGP), selain satu dalam 125cc dan 250cc. – AGENSI