Apa nasib Kejohanan Ragbi Asia? - Utusan Malaysia

Apa nasib Kejohanan Ragbi Asia?

PEMAIN ragbi kebangsaan memperagakan jersi baharu yang dilancarkan kelmarin. – IHSAN KRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2021 yang dijadual berlangsung Januari depan mungkin ditangguhkan atau berpindah ke negara lain susulan keperluan kuarantin Covid-19 di Hong Kong.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, keperluan kuarantin selama tujuh hari untuk pelawat yang lengkap dua dos vaksin akan memberikan bebanan kewangan kepada pa­sukan yang bertanding,

Begitupun katanya, sehingga kini pihaknya belum memperoleh status konkrit dan masih menanti keputusan rasmi daripada Ragbi Asia berhubung kecelaruan tersebut.

“Kita dapat berita ARC 2021 mungkin ditangguhkan kerana pada mulanya pasukan tuan rumah, Hong Kong menjelaskan pada Januari kemungkinan tiada lagi perintah kuarantin bakal dikenakan.

“Mereka bagaimanapun menjelaskan, perintah kuarantin itu masih diteruskan seperti biasa. Jadi kos akan meningkat naik dan semua pasukan tak sanggup nak hantar pasukan jika tempoh kuarantin itu terlalu lama.

“Mereka sedang kaji perkara tersebut sama ada meneruskan perlawanan tersebut di negara ketiga seperti Dubai yang kini tiada perintah kawalan kuarantin.

“Semua masalah ini menyebabkan ia bercelaru,” katanya pada majlis pelancaran jersi baharu skuad ragbi kebangsaan, di sini, kelmarin.

Dalam masa sama, Shahrul turut berharap semua kejohanan bagi 2022 akan digabungkan bersama tahun ini dalam usaha mengurangkan per­belanjaan kepada pasukan yang bertanding.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya