Solskjaer tidak akan dipecat - Neville - Utusan Malaysia

Solskjaer tidak akan dipecat – Neville

OLE GUNNAR SOLSKJAER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Manchester United, Gary Neville menjangkakan Ole Gunnar Solskjaer tidak akan dipecat walaupun prestasi Red Devils merudum dan jurulatih itu berdepan masalah dengan Cristiano Ronaldo.

Kekalahan 2-4 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin menyaksikan United gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir, sekali gus meletakkan mereka di tangga keenam menerusi 14 mata, lima di belakang pendahulu, Chelsea.

Aksi hambar yang sama turut ditunjukkan Red Devils dalam beberapa perlawanan sebelum ini menentang Villarreal, West Ham (dua kali), Aston Villa dan Everton.

Sejurus tamat permainan, Ronaldo berjalan terus ke bilik persalinan sambil menundukkan kepala dengan mulutnya kelihatan mengomel.

CRISTIANO Ronaldo yang kecewa berlalu pergi ke bilik persalinan tanpa memberi penghormatan kepada penyokong sebelum dipanggil oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Solskjaer terpaksa mengarahkan bintang Portugal itu memberi penghormatan kepada peminat yang datang ke Leicester.

Dia menuruti arahan apabila berjalan ke arah penyokong sebelum bergegas meninggalkan padang.

Neville sedar Solskjaer berdepan tekanan untuk menghadirkan trofi dalam musim ketiga bersama United, terutama dengan kehadiran Ronaldo Jadon Sancho.

“Saya rasa mereka (Uni­ted) sudah ada pengalaman dengan (David) Moyes, Jose (Mourinho) dan (Louis) van Gaal, jadi kelab akan kekal dengan perancangan.

“Ole dalam tekanan tapi dia tidak akan dipecat, tiada keraguan terhadap perkara itu.

“Saya tahu penyokong tidak gembira kerana ramai yang mahukan pengendali baharu,” katanya.

Selepas aksi Sabtu lalu, Neville menyifatkan Uni­ted kurang bagus, manakala Alan Shearer dan Micah ­Richards membidas kelab itu kerana hilang indentiti.

Kedudukan Solskjaer mung­kin akan terancam jika United tumpas kepada musuh ketat, Liverpool, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya