fbpx

7 Disember 2021, 8:44 am

  TERKINI

‘Saya kerap hilang fokus’

VIKTOR Axelsen menewaskan Lee Zii Jia pada suku akhir Terbuka Denmark di Odense, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia me­ngakui dia sering bergelut untuk mengekalkan fokusnya apabila beraksi di tahap tertinggi.

Juara All England itu berkata, kegagalan memberi fokus penuh antara punca dia tewas kepada pemenang pingat emas Sukan Olim­pik Tokyo 2020, Viktor Axelsen pa­da suku akhir badminton Ter­buka Denmark di Odense, semalam.

Walaupun memberi tenta­ngan sengit dan mendahului di set kedua, Zii Jia terpaksa akur 19-21, 19-21 di tangan pemain No. 2 dunia itu.

“Ia perlawanan sukar terutama ketika detik mata penentuan set pertama dan kedua. Saya cuba buat yang terbaik tetapi dia (Axelsen) lebih yakin.

“Saya fikir selepas Olimpik, Viktor bermain lebih yakin dan sentiasa di tahap tertinggi. Amat sukar untuk menang ke atas dia sekarang.

“Saya pula sukar menge­kalkan fokus apabila beraksi di tahap tertinggi. Ini salah satu daripada kelemahan saya ketika ini dan saya akan berusaha untuk mengatasinya,” katanya.

LEE ZII JIA

Kejayaan menumpaskan Zii Jia bermakna Axelsen berjaya melunaskan dendam selepas tewas kepada pemain itu pada final All England, Mac lalu, selain melebarkan rekod kemenangan kepada 4-2.

Terbuka Denmark adalah kejohanan ketiga berturut-turut buat Zii Jia, 23, selepas beraksi pada Piala Sudirman di Vantaa, Finland, awal bulan ini dan Piala Thomas di Aarhus, minggu lalu.

Pemain kelahiran Kedah itu akan mengalihkan fokus menghadapi Terbuka Perancis yang bermula Selasa ini dengan aksi pertama menentang pemain Singapura, Loh Kean Yew.

POPULAR

KOSMO! TERKINI