Iran beri masa 48 jam kepada diplomat Sweden tinggalkan Teheran - Utusan Malaysia

Iran beri masa 48 jam kepada diplomat Sweden tinggalkan Teheran

ANGGOTA polis mengawal Kedutaan Sweden di Teheran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran pada Khamis memberi tempoh 48 jam kepada seorang diplomat Sweden di Teheran untuk meninggalkan negara itu selepas Sweden mengusir seorang kakitangan kedutaan Republik Islam itu di Stockholm.

Duta Sweden dipanggil ke Kementerian Luar Iran di Teheran bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan negaranya yang disifatkan sebagai tidak berasas dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan Kementerian Luar Republik Islam itu yang disiarkan televisyen kerajaan.

Pihak berkuasa Sweden pada Rabu menuduh Teheran telah lama menjalankan kegiatan yang mengancam keselamatan di dalam negaranya.

Iran dituduh menyasarkan individu yang menentang rejim Teheran dan pelbagai kepentingan Yahudi termasuk Israel di Sweden.

Iran pada Khamis menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas”

Sweden mempunyai komuniti Iran yang besar, termasuk golongan penentang kerajaan yang hidup dalam buangan.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang sejak beberapa tahun lalu.

Pada Mac, Iran menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang warga Iran-Sweden atas tuduhan menjadi perisik untuk Israel, musuh utama Republik Islam itu.

Seorang lagi warga Sweden-Iran, Ahmadreza Djalali telah dipenjarakan di Iran selama lebih 10 tahun. 

Beliau disabitkan pada 2017 atas tuduhan bekerjasama dengan agensi perisikan Israel, Mossad.

Iran tidak mengiktiraf kewarganegaraan berganda. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×