fbpx

8 Disember 2021, 11:18 am

  TERKINI

Saya bukan ‘superstar’ – Luqman Hakim

LUQMAN ]
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Hakim Shamsudin tidak meng­anggap kelebihan beraksi di Eropah sebagai jaminan meraih status penggempur utama skuad bawah 22 (B-22) tahun dalam Kelayakan Piala Asia B-23.

Luqman, 19, yang beraksi bersama kelab Belgium, KV Kortrijk menegaskan dia perlu bersaing merebut tempat dan mengakui setiap pemain ­memiliki keistimewaan tersendiri.

Pemilihan pemain dalam kesebelasan utama terletak sepenuhnya di tangan jurulatih, Brad Maloney yang mempunyai penilaian sendiri bersesuaian dengan strategi.

“Dalam pasukan ini agak sukar (merebut tempat) sebab pemain semua hebat-hebat, semua ada keistimewaan ma­sing-masing.

“Saya tak ambil mudah walaupun mungkin orang ingat bila sudah bermain di luar (negara), saya sudah (terjamin) dalam kesebelasan utama.

“Pemain lain pun berbakat besar dan itu semua terpulang kepada jurulatih, kita tak tahu, jadi saya hanya buat kerja saya, buat yang terbaik dalam latihan dan perlawanan.

“Kerja jurulatih menilai pemain, jadi terpulang pada dia untuk letak pemain mana dan kerja pemain hanya untuk bermain bersungguh-sungguh dan mencipta kemenangan,” katanya.

Skuad negara akan membuka tirai Kumpulan J berdepan Laos pada Isnin.

Mereka kemudian berdepan Mongo­lia pada Khamis, diikuti Thailand 31 Oktober dalam usaha memburu slot pusingan akhir di Uzbekistan pada Jun tahun depan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN