Reaksi Ronaldo letakkan Solskjaer dalam masalah? - Utusan Malaysia

Reaksi Ronaldo letakkan Solskjaer dalam masalah?

CRISTIANO Ronaldo yang kecewa berlalu pergi ke bilik persalinan tanpa memberi penghormatan kepada penyokong sebelum dipanggil oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Reaksi yang ditunjukkan Cristiano Ronaldo ketika Manchester United kalah 2-4 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam meletakkan Ole Gunnar Solskjaer dalam bahaya?

Skuad bimbingan Solskjaer itu gagal mempamer permainan memberangsangkan biarpun bermula baik.

Aksi hambar yang sama ditunjukkan Red Devils dalam perlawanan menentang Villarreal, West Ham (dua kali), Aston Villa dan Everton.

Sejurus tamat perlawanan, Ronaldo berjalan terus ke bilik persalinan sambil menundukkan kepalanya.

Solskjaer mengarahkan bintang Ronaldo itu agar memberi penghormatan kepada peminat yang datang ke Leicester.

Dia menuruti arahan pengurus pasukan apabila berjalan ke arah penyokong sebelum bergegas meninggalkan padang.

Penyerang berusia 36 tahun itu gagal mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan itu dan kelihatan amat kecewa sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.

Ini kali kedua dia menunjukkan kekecewaan, berang dengan apa yang berlaku dan tergesa-gesa mahu meninggalkan padang selepas pertemuan dengan Everton beberapa minggu lalu yang menyaksikan mereka seri 1-1.

Sepanjang perlawanan, Ronaldo hanya melakukan satu percubaan tepat. Dia menyentuh bola 38 kali dan hilang bola lima kali.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanapun Solskjaer hendak menggunakan ramai bakat yang dimiliki di jentera serangan sebagai satu pasukan.

Satu lagi masalah terbesar yang dihadapi Solskjaer, dia bukan sahaja perlu membentuk United menjadi unit yang bagus, malah dapat memastikan Ronaldo sentiasa dalam keadaan terbaik.

Sebagai contoh, jika United gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, mereka mungkin kehilangan Ronaldo kerana pemain itu tidak mungkin berminat beraksi dalam Liga Europa.

Setiap kali kalah, Solskjaer bukan sahaja berdepan tekanan peminat, malah reaksi Ronaldo turut menambah tekanannya.

Kekalahan kedua dalam saingan liga musim ini meletakkan United di tangga keenam. Mereka juga seri dua kali dan menang empat kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya