Newcastle juara EPL 10 tahun lagi - Utusan Malaysia

Newcastle juara EPL 10 tahun lagi

PEMAIN Newcastle United menjalani latihan di Darsley Park semalam dalam persiapan menghadapi Tottenham pada saingan Liga Perdana Inggeris di St. James’ Park malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE, United Kingdom: Era baharu akan bermula buat Newcastle malam ini apabila St. James’ Park dijangka dipenuhi penyokong bagi menyaksikan perlawanan pertama Magpies sejak kelab itu dikuasai dana kewangan Arab Saudi.

Pengarah baharu Newcastle, Amanda Staveley berkata cita-cita konsortium itu ialah me­nukar kelab menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh sedekad.

Bagaimanapun ada perbezaan besar di Newcastle menjelang kunjungan Tottenham ke Tyneside dan ke mana Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) mahu membawa kelab tersebut.

Newcastle kini menduduki tangga kedua tercorot tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan pembukaan musim ini.

Steve Bruce akan mengetuai perlawanan ke-1,000 dalam karier pengurusannya selepas diberi jaminan akan kekal walaupun wujud spekulasi mungkin dipecat.

“Perubahan tidak berlaku sekelip mata, ia perlukan masa dan kami memikirkan de­ngan berhati-hati.

“Steve sangat profesional dalam perbincangan kami. Dia akan membawa pasukan esok (malam ini),” kata Staveley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya