Newcastle dicemburui kelab EPL - Utusan Malaysia

Newcastle dicemburui kelab EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengambil alihan Newcastle United oleh konsortium yang disokong Arab Saudi mendapat tentangan hebat daripada pesaing mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 24 jam proses pemilikan selesai.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy cuba menghentikan proses pengambil alihan yang sangat lumayan, namun beliau diberitahu ia adalah usaha yang sia-sia.

Perjanjian bernilai 305 juta pound (RM1.73 bilion) itu yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi turut mendapat tentangan hebat daripada Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Tottenham.

Tottenham dikatakan memimpin gerakan meminta Liga Perdana menolak kemasukan pelabur dari Arab Saudi ke liga berprestij itu.

Terdapat juga laporan menyatakan 19 lagi kelab mendesak Liga Perdana menjelaskan bagaimana mereka boleh membenarkan pengambil alihan Newcastle.

Pemilik baharu Newcastle bagaimanapun tidak terkesan dengan bantahan pesaing mereka, sebaliknya akan segera memulakan usaha mengubah St James’ Park dan menjadikan The Magpies juara Eropah.

Langkah permulaan ialah melantik bekas ketua pencari bakat dan bos akademi Liverpool, Frank McParland sebagai penasihat kelab.

Yasir Al-Rumayyan

Gabenor PIF, Yasir Al-Rumayyan yang juga pengerusi bukan eksekutif kelab dalam surat kepada penyokong meyakinkan mereka, pemilik baharu bakal merubah ‘wajah’ Newcastle.

“Anda boleh meletakkan harapan yang tinggi. Seperti anda, kami juga mahu membentuk pasukan yang mampu meraih kegemilangan secara konsisten.

“Memiliki kelab ini bukan tanggungjawab yang mudah dan kami tidak akan pernah
melupakan apa maksudnya menjadi sebahagian daripada Newcastle United,” kata Yasir.

Sebagai permulaan, pemilik baharu dikatakan bakal meluluskan dana bernilai 200 juta pound (RM1.13 bilion) untuk
membolehkan The Magpies membina semula pasukan tanpa melanggar peraturan Financial Fair Play (FFF) bermula pada jendela perpindahan Januari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.