Mourinho tak minat Newcastle - Utusan Malaysia

Mourinho tak minat Newcastle

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Jose Mourinho tidak mahu dikaitkan dengan jawatan pengurus Newcastle United.

Biarpun Steve Bruce masih menggalas tugas itu, namun dia dijangka dipecat dalam masa terdekat, terutama selepas kekalahan 2-3 The Magpies kepada Tottenham di St. James’ Park semalam.

Mourinho antara yang dikaitkan sebagai pengganti Bruce, tetapi jurulatih kelahiran Portugal itu yang kini membim­bing AS Roma menolak spekulasi kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris.

“Tidak ada apa-apa yang saya ingin kata (tentang Newcastle).

“Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah saya pernah bekerja dengan tokoh penting dalam sejarah Newcastle – Sir Bobby Robson.

“Kerana itu saya mempu­nyai sedikit hubungan emosi dengan kota tersebut dan peminatnya. Tidak lebih daripada itu. Saya sekarang di sini dan amat gembira berada di sini.

“Saya 100 peratus fokus de­ngan projek Roma, projek ­Friedkin,” katanya.

Selain Mourinho, Newcastle melihat Paulo Fonseca, Frank Lampard dan Roberto Martinez sebagai calon untuk jawatan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.