fbpx

Liverpool sedia ikat Mo Salah

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemilik Liverpool, FSG mahu kontrak Mohamed Salah diselesaikan tahun ini dan bersedia menawarkan perjanjian baharu yang lumayan bernilai 82 juta pound (RM468 juta).

Menurut Football Insider, Salah yang ketika ini menikmati 200,000 pound (RM1.19 juta) seminggu akan me­nerima kenaikan gaji kepada 350,000 (RM1.99 juta) ­seminggu.

Penyerang Mesir berusia 29 tahun itu akan ditawarkan ­pe­­nyambungan kontrak tiga tahun sehingga 2026. Kontraknya sekarang akan berakhir pada 2023.

FSG jarang menawarkan gaji tinggi kepada pemain, namun mereka sedia membuat penge­cualian buat Salah yang telah meledak sembilan gol dan tiga bantuan jaringan dalam sembilan perlawanan bersama Reds musim ini.

MOHAMED SALAH

Ketika ini, pertahanan tengah Belanda, Virgil van Dijk menjadi penerima gaji tertinggi di Anfield dengan 220,000 pound (RM1.25 juta) seminggu, diikuti Salah dan Thiago Alcantara masing-masing dengan 200,000 pound.

Salah sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk menamatkan karier sebagai legenda Liverpool.

Dia bagaimanapun meminta kenaikan gaji bagi meletakkannya sebaris bintang Liga Perdana Inggeris seperti Cristiano Ronaldo (Manchester United) dan Kevin de Bruyne (Manchester City).

Sementara itu, pemain tengah Reds, Fabinho menjangkakan penyerang Brazil, Raphinha akan menyertai pasukan pada perpindahan musim panas akan datang.

Raphinha, 24, yang beraksi buat Leeds United muncul wira Brazil semalam apabila meledak dua gol membantu pasukan itu membenam Uruguay 4-1 dalam kelayakan Piala Dunia 2022. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI