Keputusan F1 kejam - Utusan Malaysia

Keputusan F1 kejam

MENAMBAH perlumbaan menjadi 23 pusingan dalam kalendar 2022 dianggap kejam buat pasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sebastian Vettel tidak senang duduk selepas Formula Satu (F1) bersetuju membenarkan 23 perlumbaan berlangsung dalam kalendar 2022.

Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, F1 menambah satu lagi pusingan daripada 22 perlumbaan musim ini, sekali gus memecah rekod terbanyak dalam sejarah lumba kereta berprestij itu.

Vettel, 34, menganggap keputusan F1 itu tidak wajar, selain mengingatkan penganjur mereka yang akan menempuh 23 perlumbaan tahun depan adalah ‘manusia’.

Pemandu Jerman itu turut menegaskan, keputusan tersebut bakal mendatangkan pelbagai masalah bukan sahaja terhadap perlumbaan, malah emosi pemandu, krew dan pasukan yang terpaksa menempuh jadual terlalu padat.

SEBASTIAN VETTEL

“Mereka yang berada dalam perlumbaan ini adalah manusia dan perlu mengelilingi dunia setiap bulan. Mereka perlu fikir, krew mahupun mekanik dalam pasukan mempunyai keluarga dan anak-anak.

“Akibat keputusan ini, mereka terpaksa meninggalkan keluarga mahupun anak-anak dalam satu tempoh yang agak panjang.

“F1 seharusnya memikirkan perkara-perkara ini sebelum membuat keputusan,” kata pemandu pasukan Aston Martin itu.

Pemandu McLaren, Daniel Ricciardo turut senada dengan Vettel sambil berharap sekatan Covid-19 dilonggarkan agar mereka dapat mengurangkan tekanan.

“Sangat penting bagi pelumba dapat berjumpa atau bersembang dengan pasukan lain sebelum perlumbaan bermula.

“Mereka semua jauh dari keluarga dan saya harap mereka dapat menjalani kehidupan sosial di luar perlumbaan.

“Saya harap tahun depan, tiada lagi sekatan akibat pandemik yang membataskan pergerakan pasukan.

“Jika dilonggarkan ia dapat membantu pelumba dan krew untuk melakukan aktiviti sosial,” ujar Ricciardo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya