Kempen #OleOut iringi kekalahan United - Utusan Malaysia

Kempen #OleOut iringi kekalahan United

JAMIE Vardy meraikan jaringannya ketika membantu Leicester City menumpaskan Manchester 4-2 di Stadium King Power hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER: Desakan agar Ole Gunnar Solskjaer dipecat semakin kuat kedengaran di media sosial selepas Manchester United tumpas 4-2 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi.

Kekalahan terbaharu itu bermakna United hanya mencatat dua kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir (semua pertandingan), sekali gus terlepas peluang  menghambat musuh tradisi, Liverpool yang merampas takhta liga selepas membelasah Watford 5-0 dalam aksi terdahulu.

Bintang muda Red Devils, Mason Greenwood yang diturunkan dalam kesebelasan utama memberi permulaan sempurna buat pasukannya apabila meledak gol cantik yang membolehkan mereka mendahului seawal minit ke-19.

Bagaimanapun, The Foxes membalas dengan jaringan menakjubkan Youri Tielemans pada minit ke-31, sekali gus menyaksikan perlawanan semakin menarik.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Ketangkasan penjaga gol United, David de Gea di hujung babak pertama menyelamatkan gawang mereka daripada dibolosi lebih banyak, namun memasuki separuh masa kedua, Caglar Soyuncu tidak melepaskan peluang meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan cantik minit ke-78.

Drama di Stadium King Power semakin menarik selepas Marcus Rashford yang membuat penampilan pertama setelah hampir tiga bulan disisihkan akibat kecederaan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-82.

Begitupun, Jamie Vardy juga tidak memberi peluang kepada Red Devils untuk bergembira lebih lama apabila kembali meletakkan The Foxes di depan seminit kemudian.

Ketika United bekerja keras untuk mencari gol penyamaan dan pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata, Patson Daka meranapkan sisa harapan mereka dengan meledak gol keempat Leicester pada waktu kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya