Harimau Malaya 'lemah' tanpa tonggak JDT - Utusan Malaysia

Harimau Malaya ‘lemah’ tanpa tonggak JDT

Jordan memberi pengajaran berguna kepada Malaysia apabila membenam skuad negara 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium King Abdullah II, Amman, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah terbukti, Malaysia tanpa tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bergelut untuk memberi tentangan apabila kecundang 0-4 kepada Jordan dalam aksi persabahatan tier 1 semalam.

Bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan percaya, Harimau Malaya le­bih ‘me­ngaum’ jika membawa tonggak JDT seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid.

Beliau melihat jurang kualiti jelas ketara ketika Malaysia tewas di Stadium King Abdullah II, Amman, namun tetap memuji jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kerana berani mempertaruhkan muka baharu.

B. SATHIANATHAN

“Ini kenyataan, memang kita perlukan pemain JDT dan mereka adalah yang terbaik dari pasukan terbaik Malaysia.

“Memang jauh beza (prestasi Malaysia tanpa tonggak JDT)…sangat ketara. Saya tak terkejut.

“Sudah terbukti, pemain yang dikutuk netizen inilah (barisan ketika kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lalu) yang mengukuhkan Harimau Malaya, tidak boleh dinafikan.

“Jangan ikut sangat cakap netizen, biar orang yang berhak dalam bola buat keputusan. Kalau ikutkan cakap mereka boleh makan diri.

“Saya harap Harimau Malaya jangan peduli kata-kata netizen, mereka sudah buat yang terbaik.

“Hendak majukan bola sepak bukan sekelip mata. Ia mengambil masa lama,” kata Pengarah Teknikal Sarawak United itu kepada Utusan Malaysia semalam.

Jordan bukan lawan Malaysia apabila skuad bimbingan Cheng Hoe yang turun tanpa ramai tonggak diasak tuan rumah sepanjang permainan.

PEMAIN Jordan meraikan kejayaan menumpaskan Malaysia 4-0 dalam aksi persahabatan di Amman semalam.

Cheng Hoe sebelum ini pernah menafikan rombakan besar yang dibuat tiada kaitan de­ngan desakan peminat mahu beliau tidak hanya memberi peluang kepada bintang JDT.

Sathianathan berharap Malaysia akan bangkit dalam aksi persahabatan kedua menentang Uzbekistan, Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya