Chadwick sedia jadi ‘jantan’ dalam F1 - Utusan Malaysia

Chadwick sedia jadi ‘jantan’ dalam F1

JAMIE CHADWICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jamie Chadwick percaya impiannya untuk berlumba dalam Formula Satu (F1) semakin hampir selepas merangkul Kejuaraan Siri W buat kali kedua berturut-turut.

Pelumba kelahiran Bath, United Kingdom itu menjuarai kejohanan yang dianjurkan khusus buat wanita apabila memenangi empat daripada lapan perlumbaan musim ini.

Chadwick, 23, berharap dengan pencapaiannya di kejohanan tersebut mampu menjadi batu loncatan untuknya beraksi di F1 pada masa hadapan.

JAMIE Chadwick merangkul Kejuaraan Siri W buat kali kedua berturut-turut kelmarin.

“Itulah matlamat utama saya. Masih banyak kejayaan yang saya perlu perolehi sebelum saya dapat menjejakkan kaki ke F1.

“Selepas berjaya mendominasi Siri W buat musim kedua berturut-turut, saya rasa harapan tersebut semakin cerah.

“Sejujurnya, mungkin ini adalah musim terakhir saya bersaing di Kejuaraan Siri W kerana mahu mencuba nasib dalam perlumbaan yang lain.

“Apa yang pasti, saya mengakui bersaing sesama wanita memberikan pengalaman yang bagus tetapi ini hanyalah platform untuk saya mencipta nama,” katanya.

Chadwick yang sudahpun menandatangani kontrak bersama Williams sebagai pelumba skuad pembangunan pasukan F1 sejak 2019 berkata, dia berharap diberi peluang untuk diserap ke pasukan utama musim depan.

Setakat ini, terdapat lima pelumba wanita yang pernah bersaing secara kompetitif dalam sejarah perlumbaan F1 iaitu Divina Galica dari Britain, Desire Wilson (Afrika Selatan) dan Maria Teresa de Filippis, Giovanna Amati, Lella Lombardi (Itali). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya