Bola sepak tidak akan keluar dari Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Bola sepak tidak akan keluar dari Sukan Olimpik

BRAZIL memenangi pingat emas bola sepak lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo, Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan mengeluarkan bola sepak daripada Sukan Olimpik meski­pun temasya itu berpotensi bertembung dengan Piala Dunia jika kejohanan berlangsung secara dwi tahunan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, pihaknya menghormati layanan Olimpik terhadap sukan No. 1 dunia itu, malah bangga bola sepak dimainkan dalam temasya tersebut.

FIFA akan mengadakan me­syuarat pada 20 Disember ini bagi membentuk semula kalendar antarabangsa dengan tajuk utama Piala Dunia dimainkan dua tahun sekali berbanding empat tahun sekali.

Begitupun cadangan awal mendapat tentangan hebat pelbagai pihak, terma­suk Pre­siden badan bola sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Jelas Infantino, selepas me­syuarat bersama Majlis FIFA semalam, badan induk tersebut tidak merancang untuk menarik daripada Olimpik atau menggantikannya dengan acara ­alternatif seperti bola sepak pantai atau futsal.

“Kami tidak membincangkan atau mahu menarik diri atau memberi ancaman terhadap ­Olimpik.

“Saya berpendapat bahawa bola sepak adalah bahagian yang membanggakan dalam pergerakan Olimpik,” kata Infantino, yang juga ahli IOC.

Mac lalu, Infantino mengatakan FIFA harus terbuka untuk merevolusikan kalendar perlawanan antarabangsa selepas bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger mencadangkan perubahan radikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya