Barcelona, Milan buru Lingard - Utusan Malaysia

Barcelona, Milan buru Lingard

JESSE LINGARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Barcelona dan AC Milan menjadi pendahulu untuk mendapatkan Jesse Lingard sekiranya dia memilih me­ninggalkan Manchester United secara percuma pada musim panas hadapan.

Lingard menolak tawaran kontrak baharu United bulan lalu dan sedang mempertimbangkan pilihan yang ada untuk masa hadapannya.

Pemain berusia 28 tahun itu mahu melihat berapa banyak masa permainan akan diberikan Ole Gunnar Solskjaer selepas ketibaan Cristiano Ro­naldo dan Jadon Sancho selepas dia menghabiskan separuh musim lalu di West Ham secara pinjaman.

Bagaimanapun, Lingard hanya membuatkan satu penampilan dalam aksi Piala Liga menentang West Ham dan lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Lingard mahu memanfaatkan peluang bermain dalam skuad England dalam saingan Piala Dunia tahun hadapan selepas hampir terlepas peluang beraksi di Euro 2020, musim ini.

Dia dilaporkan akan menghabiskan baki kontraknya hingga Jun 2020 dan berpindah secara percuma, sekali gus menamatkan hubungan 20 tahun bersama United.

Solskjaer mahu mengekalkan Lingard dan United perlu menawarkan kontrak baharu atau menjualnya Januari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.