BAM perlu kaji semula - Roslin - Utusan Malaysia

BAM perlu kaji semula – Roslin

ROSLIN HASHIM berpendapat, pemain sudah mula keletihan dari segi mental terutama selepas menyertai tiga kejohanan termasuk Piala Sudirman, Piala Thomas dan Terbuka Denmark.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disarankan untuk menilai semula tindakan mereka menghantar pemain untuk menyertai lebih daripada dua kejohanan di luar negara.

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim berkata, tindakan sememangnya bagus dari segi pendedahan buat pemain selain meningkatkan ranking tetapi tidak bagus dari segi mental pemain.

Katanya, pemain dilihat sudah mula keletihan dari segi mental terutama selepas menyertai tiga kejohanan termasuk Piala Sudirman, Piala Thomas dan Terbuka Denmark.

“Memang betul tindakan BAM ini, sebab dapat berjimat dari segi kos, kalau balik ke Malaysia selepas Piala Sudirman hari itu mereka kena kuarantin dan rugi dari segi masa dan sebagainya.

“Macam zaman saya dahulu juga memang ada kejohanan back to back di Eropah, paling banyak pun tiga itu pun dah ‘koyak’ tetapi sebab nak perbaiki ranking, bila dah ada ranking baik semua jadi macam biasa.

“Mungkin BAM nak cover balik kejohanan sebab sebelum ini banyak kejohanan batal sebab Covid-19, kita faham tetapi penat buat pemain untuk beraksi lebih daripada tempoh dua minggu,” katanya kepada Utusan Malaysia

ROSLIN HASHIM

Malaysia akan menyertai beberapa kejohanan selepas ini termasuk Terbuka Perancis dan Terbuka Jerman selepas ini menjadikan mereka beraksi dalam lima pertandingan berturut-turut.

Roslin berkata, kebanyakan pemain sudah mula rasa penat dari segi mental dan tidak boleh memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kejohanan yang disertai seperti Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Dalam keadaan ini otak mereka mungkin kata boleh bagi yang terbaik tetapi badan tidak boleh bekerjasama dah, mungkin mereka boleh bagi kurang daripada 70 peratus dari aksi terbaik mereka.

“Pelbagai faktor memainkan peranan macam cuaca, masa, makanan, keluarga dan macam-macam lagi,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya