Axelsen, Zii Jia buat perhitungan malam ini - Utusan Malaysia

Axelsen, Zii Jia buat perhitungan malam ini

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tugas getir menanti Lee Zii Jia dalam misi memburu tiket separuh akhir badminton Terbuka Denmark apabila bakal berdepan jaguh tuan rumah yang juga juara Olimpik, Viktor Axelsen malam ini.

Zii Jia melangkah ke suku akhir selepas mengenepikan rakan senegara, Liew Daren 21-11, 21-14 pada pusingan kedua di Odense, malam tadi.

Turun sebagai pilihan ketujuh, jaguh perseorangan negara itu menumpaskan Axelsen dalam pertemuan terakhir mereka di All England, Mac lalu yang menyaksikan Zii Jia muncul juara.

VIKTOR AXELSEN (AFP)

Dalam saingan beregu lelaki, langkah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersekat selepas  pilihan kelima itu disingkirkan 19-21, 13-21 oleh Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun.

Cabaran Malaysia bagaimanapun ditweruskan oleh Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang mengejutkan pilihan ketujuh dari India, Satwiksairaj Rakireddy-Chirag Shetty 14-21, 21-15, 21-15.

Pasangan muda negara itu bakal berdepan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rain Ardianto pada suku akhir.

Beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut melangkah ke suku akhir selepas menang 21-17, 21-11 ke atas pasangan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall, sekali gus menempah pertemuan dengan Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman.

Dalam saingan beregu campuran, pasangan profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menumpaskan Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dari Korea Selatan 18-21, 21-18, 21-13 untuk bertemu pilihan keempat dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisan Higashino.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya