Anna-Mei Xing juara Terbuka Czech - Utusan Malaysia

Anna-Mei Xing juara Terbuka Czech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing merangkul kejuaraan antarabangsa pertama mereka selepas muncul juara badminton Terbuka Czech di Brno, sebentar tadi.

Langkah cemerlang mereka bagaimanapun gagal diteruskan dua pemain perseorangan, Ng Tze Yong dan Siti Nurshuhaini Azman yang tumpas dalam final masing-masing.

Anna-Mei Xing dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan pasangan dari Indonesia, Febby Dwijayanti Gani-Jesita Putri Miantoro 21-15, 16-21, 21-17.

SITI NURSHUHAINI AZMAN

Terdahulu, Tze Yong yang turun sebagai pilihan keenam turut memberi tentangan sengit kepada pemain tuan rumah, Jan Louda sebelum tumpas 21-16, 16-21, 25-27 dalam pertarungan yang berlanjutan hingga satu jam, 24 minit.

Dalam perseorangan wanita, kurangnya pengalaman nyata membezakan Siti Nurshuhaini dengan lawan dari Indonesia, Putri Kusuma Wardani.

Pemain remaja berusia 17 tahun itu terpaksa akur 16-21, 5-21.

Berjaya melangkah ke final bagaimanapun satu pencapaian baik buat Siti Nurshuhaini yang memulakan kempen dari pusingan kelayakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.