Sabah umpama 'bom jangka' Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Sabah umpama ‘bom jangka’ Piala Malaysia

PEMAIN Sabah menjalani latihan di Kota Kinabalu kelmarin dalam persiapan menghadapi PJ City pada aksi pembukaan Piala Malaysia, Isnin depan. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran jurulatih berpengalaman di peringkat antarabangsa, Datuk Ong Kim Swee bersama Sabah bakal menjadikan The Rhinos pasukan yang perlu diberi perhatian dalam saingan Piala Malaysia.

Walaupun kurang menyerlah di Liga Super dengan hanya melakar empat kemenangan, namun sentuhan bekas jurulatih kebangsaan, Kim Swee menjadikan Sabah pasukan yang sukar dijangka dan pasti tampil de­ngan persembahan berbeza dalam perebutan trofi tertua itu.

Kempen Piala Malaysia yang memasuki edisi ke-100 akan bermula Ahad ini yang menyaksikan Sabah diletak dalam kumpulan D bersama juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City (PJ City) dan pasukan Liga Perdana yang menduduki tangga keempat.

ONG Kim Swee memberi taklimat kepada pemain Sabah selepas mengambil alih kelab, 10 September lalu.

Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan percaya, skuad Sang Badak akan bertukar taktikal atau berlaku perubahan dari segi posisi pemain.

“Selepas diambil alih Kim Swee, semua pasukan tidak tahu cara permainan Sabah selepas ini.

“Orang kata macam ‘bom jangka’, kita tidak boleh nak ramalkan.

“Bagi saya, Sabah salah satu pasukan yang akan mengiringi JDT (ke suku akhir dari Kumpulan D) walaupun mungkin perebutan naib juara kumpulan dengan PJ City dijangka sengit,” katanya.

Sabah menamatkan sai­ngan Liga Super musim ini di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 19 mata selepas merekodkan empat kemenangan, tujuh seri dan 11 kali tewas.

Harapan tinggi kini diletakkan di atas bahu Kim Swee bagi membawa sinar buat Sabah dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Sabah akan memulakan kempen Piala Malaysia dengan menentang PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Isnin depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya