Pelik... hanya peminat wajib divaksin - Utusan Malaysia

Pelik… hanya peminat wajib divaksin

BERMULA semalam, semua penonton yang mahu menyaksikan kejohanan tenis Terbuka AS di stadium wajib menunjukkan bukti mereka sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lebih separuh pemain yang beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tidak divaksin sedangkan Persatuan Tenis AS (USTA) semalam memper­kenalkan peraturan baharu mewajibkan penyokong mengambil suntikan jika mahu menonton kejohanan di stadium.

Bekas pemain tenis wanita No. 1 dunia, Victoria Azarenka dari Belarus berkata, tindakan pe­nganjur bukan saja berat se­belah, malah amat pelik kerana penyokong wajib mengambil vaksin Covid-19, namun dalam masa sama pemain bebas membuat pilihan.

“Pada pendapat saya, ia (vaksin) tidak boleh dielak seperti yang dilakukan kejohanan lain.

“Kita semua mahu rasa selamat, kita semua mahu terus me­lakukan tugas kita,” kata juara Terbuka Australia 2012 dan 2013 itu yang sudah divaksin.

VICTORIA AZARENKA

Bintang tenis Britain, Andy Murray yang menjuarai Terbuka AS 2012 antara yang menyelar tindakan segelintir pemain enggan mengambil vaksin kerana mereka sepatutnya melihat perkara itu dari sudut lebih besar, mengambil kira keselamatan awam.

“Kita ada tanggungjawab sebagai pemain yang ‘terbang’ ke seluruh dunia untuk bertemu ramai orang.

“Saya gembira sudah divaksin dan harap lebih ramai pemain akan mengambil tindakan serupa dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya.

Walaupun jumlah pemain yang belum divaksin tidak dapat dipastikan, namun bintang No. 3 dunia dari Greece, Stefanos Tsitsipas; pemain No. 6 dunia, Alexander Zverev (Jerman) dan pemain No. 7 dunia, Andrey Rublev (Rusia) antara yang tidak menerima vaksin.

Dalam sidang akhbar ketika di kejohanan Cincinnati bulan lalu, Tsitsipas menimbulkan kemarahan kerajaan Greece apabila memberitahu dia tidak akan mengambil vaksin selagi tidak diwajibkan.

Semalam, USTA menukar peraturan saat akhir dengan mewajibkan penyokong berusia 12 tahun ke atas membuktikan mereka sudah mengambil suntikan vaksin, sekurang-kurang­nya satu dos sebelum dibenarkan memasuki stadium. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya