‘Padang Bukit Jalil susah nak jaga’ - Utusan Malaysia

‘Padang Bukit Jalil susah nak jaga’

bukit jalil
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Struktur Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang memiliki kecerunan tinggi antara punca pihak pengurusan sukar memastikan padang sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

SNBJ sudah menggunakan pelbagai jenis rumput termasuk bermuda, paspalum, cow grass dan kini dalam proses bertukar kepada zoysia seperti yang digunakan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemangku Pengarah Pusat Sukan, Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berkata, keadaan padang itu sendiri berada beberapa meter ke bawah dan kualiti pencahayaaan tidak mencukupi.

Keadaan stadium menyebabkan rumput sukar membesar dengan baik dan menyukarkan kontraktor menjalankan penyelenggaraan berkala.

Nur Ekmal Buhary

“Struktur stadium me­nurun, kedudukan padang di bawah, tidak seperti keba­nyakan stadium yang lebih terbuka se­perti stadium JDT dan Terengganu.

“SNBJ pernah menggunakan tiga jenis rumput sehingga kini tetapi masalah sama tetap berulang. Ia bukan disebabkan rumput tetapi persekitaran dan struktur stadium itu sendiri.

“Penyelenggaran buat isu kerana kontraktor dilantik menjaga padang SNBJ adalah mereka yang pakar dalam bidang penjagaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT mempersoalkan kos RM10 juta yang diperlukan untuk membuat padang baharu SNBJ.

Katanya, kos itu terlalu tinggi kerana beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput zoysia di Stadium Sultan Ibrahim lengkap dengan sistem perpaipan, perparitan dan tanah.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan RM10 juta ialah kos membaikpulih beberapa padang di seluruh negara selain SNBJ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya