‘Kami terima keputusan adil’ - Utusan Malaysia

‘Kami terima keputusan adil’

INSIDEN tegang ketika menentang Negeri Sembilan menyebabkan Sarawak United menerima padah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hukuman dan denda yang dikenakan Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap tiga pemain dan tiga pegawai Sarawak United disifatkan adil.

Penasihat Undang-Undang Sarawak United, Haizul Azmi Dzulkafli berkata, pasukan itu akur dengan hukuman yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM, selain berterima kasih kerana memberi peluang kepada mereka mengemukakan kes.

“Saya ingin menjelaskan Sarawak United akur dengan hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tataterib FAM dan merasakan ia keputusan yang adil.

“Kami juga berterima kasih kerana diberi peluang kepada tertuduh untuk kemukakan kes.

“Jawatankuasa beri peluang kepada kami bentangkan kes tersebut semalam (kelmarin) sebelum putuskan hukuman yang diberikan kepada Sarawak Uni­ted,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak pengurusan Sarawak United, sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan kepada FAM berhubung jumlah denda yang dikenakan terhadap pegawai pasukan, Rudy Bujang.

“Buat masa ini Sarawak Uni­ted sedang mempertimbangkan untuk buat rayuan terhadap Rudy Bujang berhubung jumlah denda yang perlu dibayar. Memandangkan beliau sudah digantung enam bulan, jadi kami cuba buat rayuan terhadap jumlah dendanya,” jelasnya.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Baljit Singh Sidhu menjatuhkan penggantungan perlawanan serta denda terhadap tiga pemain dan tiga pegawai pasukan Sarawak United.

Sharbinee Allawee Ramli digantung lima perlawanan serta denda RM7,000, sementara Mohammad Amer Saidin (gantung dua perlawanan, denda RM2,000) dan Badrul Affendy Fadzli (gantung empat perlawanan, denda RM4,000).

Sementara itu, pegawai pasukan, Abang Fomay Abang Sa’adelli digantung dua perlawanan dan denda RM10,000 manakala Rudy Bujang (gantung enam bulan, denda RM10,000) sementara ketua jurulatih, E. Elavarasan digantung 12 bulan dan didenda RM10,000.

FAM bagaimanapun menangguhkan penggantungan terhadap beliau tertakluk kepada kelakuan baiknya dalam tempoh 12 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya