Djokovic mampu ‘mengganas’ semula - Utusan Malaysia

Djokovic mampu ‘mengganas’ semula

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda tenis Switzerland, Roger Federer percaya Novak Djokovic mampu menebus kekecewaan musim ini dengan membolot semua empat kejuaraan Grand Slam tahun depan.

Djokovic, 34, berpeluang muncul pemain pertama menjuarai semua empat Grand Slam dalam musim yang sama sejak Don Budge dari Amerika Syarikat melakukannya pada 1938, diikuti Rod Laver (Australia, 1969).

Begitupun bintang Serbia itu tewas kepada pemain Rusia, ­Daniil Medvedev dalam final Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, sekali gus menafikan peluangnya untuk melengkapkan Calander Slam.

“Saya fikir dia masih berpeluang melakukannya. Saya pernah melalui situasi sama seperti Novak dan Rafa (Nadal) di mana kami hampir melengkapkan siri Grand Slam.

“Saya fikir ia juga perlu dibantu oleh faktor tuah. Anda memerlukan ketekunan serta kekuatan.

“Anda memerlukan semua yang anda ada. Itu sebab­nya saya fikir ia akan menjadi sukar, namun ia tidak mustahil untuk Novak melakukannya,” kata Federer.

Mengulas lanjut, Federer, 40 berkata, dia sedia memburu kejuaraan musim hadapan setelah berehat panjang tahun ini susulan menjalani pembedahan lutut.

Kata bekas pemain No. 1 dunia itu, yang kali terakhir membuat kemunculan di Wimbledon, dia berasakan semakin baik selepas menjalani pembedahan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya