Barcelona bukan lagi kelab gergasi - Utusan Malaysia

Barcelona bukan lagi kelab gergasi

RONALD Araujo (kiri) menyelamatkan Barcelona apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-90 ketika seri 1-1 dengan Granada dalam aksi La Liga di Camp Nou, Barcelona semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Ronald Koeman me­ngakui, Barcelona tidak lagi segah dulu dan tidak berada pada prestasi seperti diharapkan peminat.

Kedudukan jurulatih dari Belanda itu juga semakin rapuh apabila Barca keciciran mata sekali lagi di tempat sendiri selepas seri 1-1 dengan kelab kerdil, Granada dalam aksi La Liga semalam.

Keputusan mengecewakan tersebut hadir empat hari selepas mereka dibenam 3-0 oleh Bayern Munich di Camp Nou dalam sai­ngan Liga Juara-Juara Eropah.

Gergasi Catalan tersebut nyaris mengalami kekalahan selepas ketinggalan 0-1 menerusi gol awal Domingos Duarte pada minit ke­dua ketika permainan menunggu masa untuk tamat.

Begitupun gol penyamaan pemain pertahanan, Ronald Araujo pada minit ke-90 menyelamatkan mereka daripada dimalukan.

RONALD KOEMAN

“Lihat senarai (pemain) pasukan kami.

“Kami sudah lakukan segala yang terdaya. Kami tidak ada lagi pemain-pemain terbaik dari zaman gemilang tiki-taka. Kami kena bermain dengan gaya baharu.

“Saya fikir, kami bermain baik cuma memerlukan lebih masa (menyesuaikan diri).

GRANADA nyaris mengejutkan Barcelona.

“Pada babak pertama kami menggunakan sistem 4-3-3, kemudian saya melakukan perubahan dengan apa yang ada di bangku simpanan.

“Ia bukan lagi Barcelona lapan tahun lalu, itu hakikatnya. Keha­diran Ansu (Fati) dan (Ousmane) Dembele menjadikan corak permainan kami berbeza,” kata Koeman.

Koeman juga tidak gembira dengan taktik pelawat yang suka membuang masa selepas berkubu di kawasan sendiri.

“Anda tidak boleh gembira dengan keputusan seri menentang Granada. Kami berjuang, bermain baik tetapi sejak minit kedua mereka cuba membuang masa,” kata Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya