Ronaldo setia bersama Juventus - Utusan Malaysia

Ronaldo setia bersama Juventus

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Massimiliano Allegri mengesahkan Cristiano Ronaldo akan kekal bersama Juventus meskipun terdapat banyak spekulasi mengenai masa depan penyerang Portugal itu.

Ronaldo, 36, yang mempunyai baki kontrak setahun bersama kelab Turin tersebut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG) dan kelab lamanya, Real Madrid.

Allegri bagaimanapun menegaskan, kapten Portugal itu tidak pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Juventus, malah dia terus menjalani latihan dengan baik bersama Juventus.

“Ronaldo beritahu saya dia akan kekal.

“Dia berlatih dengan baik dan sentiasa berada di padang. Saya membaca khabar angin di akhbar tetapi dia tidak pernah berhasrat mahu meninggalkan Juventus,” kata pengendali Juventus itu menjelang pertemuan menentang Udinese esok.

Penjaring terbanyak Serie A dengan 29 gol itu tidak beraksi dalam perlawanan pemanas  menentang pasukan muda Juventus kelmarin, namun Allegri berkata, Ronaldo akan kembali untuk beraksi pada musim keempat dan terakhir dalam kontraknya.

Rabu lalu, Ronaldo dalam media sosialnya berkata, berita bahawa dia mahu kembali ke pangkuan Real Madrid sengaja direka.

“Terdapat berita dan cerita mengaitkan saya dengan beberapa kelab di banyak liga dengan tiada yang berusaha untuk mencari perkara yang benar,” kata Ronaldo.

Sejak berhijrah ke Juventus pada 2018, Ronaldo sudah memenangi dua kejuaraan Serie A dan satu Piala Itali namun dia gagal membantu kelab merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN