Pemain, penonton 'bergaduh' punca aksi Nice-Marseille dihentikan - Utusan Malaysia

Pemain, penonton ‘bergaduh’ punca aksi Nice-Marseille dihentikan

DIMITRI Payet (dua, kiri) bergaduh dengan penyokong dalam aksi Ligue 1 menentang Nice di Stadium Allianz Riviera, Nice awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICE: Perlawanan Ligue 1 di antara Nice dan Marseille terpaksa dihentikan sebelum dibatalkan selepas Dimitri Payet bertindak melempar semula semula botol minuman ke arah penonton hingga mendorong penyokong tuan rumah menyerbu ke dalam padang.

Ulang tayang video menunjukkan pemain tengah Marseille itu diserang dengan objek dari arah belakang pada separuh masa kedua ketika Nice mendahului menerusi jaringan Kasper Dolberg di minit ke-49.

Payet melempar semula botol tersebut kepada penonton sebelum satu lagi objek ‘terbang’, memaksa rakan-rakan sepasukannya masuk campur.

Penyokong kemudian merempuh pengawal keselamatan dan meluru ke padang hingga mencetus kekecohan.

Pengadil menghentikan perlawanan sambil kakitangan keselamatan berusaha untuk memulihkan keadaan, namun peminat masih menceroboh padang termasuk ketika pemain menuju ke terowong bilik persalinan.

Pegawai perlawanan mahu menyambung perlawanan, namun disebabkan pemain pasukan pelawat enggan kembali ke padang meneruskan permainan, ia terpaksa dibatalkan.

“Kami memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan demi keselamatan pemain kami.

“Penganjur memutuskan untuk menyambung permainan dan ia tidak boleh diterima kerana ini soal ketenteraman serta keselamatan,” kata Presiden Marseille, Pablo Longoria kepada RMC Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN