Mexico ranapkan impian Jepun - Utusan Malaysia

Mexico ranapkan impian Jepun

PENYERANG Jepun, Takefusa Kubo menangis selepas pasukannya kalah kepada Mexico dalam penentuan gangsa Sukan Olimpik di Stadium Saitama hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAITAMA: Hasrat Jepun untuk memenangi pingat pertama dalam bola sepak lelaki Sukan Olimpik sejak 1968 lebur selepas tumpas 1-3 kepada Mexico pada penentuan gangsa hari ini.

Jepun yang kali terakhir memenangi gangsa pada temasya Mexico 53 tahun lalu dikecewakan oleh aksi cemerlang Sebastian Cordova, yang meledak satu gol dan mencipta dua gerakan jaringan pada perlawanan di Stadium Saitama.

Kekalahan ini amat mengecewakan buat Jepun yang amat berharap untuk menamatkan penantian panjang di tempat sendiri, apatah lagi mereka juga berdepan kekecewaan yang sama di London 2012 selepas kalah kepada Korea Selatan dalam penentuan gangsa.

Cordova menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke-12 untuk meletakkan juara 2012, Mexico di depan selepas pemain tuan rumah, Wataru Endo melakukan kekasaran terhadap Alexis Vega.

PEMAIN Mexico meraikan kejayaan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik. – AFP

Pemain pertahanan Johan Vasquez, diperintah keluar padang ketika Mexico tewas 1-2 kepada Jepun di peringkat kumpulan, berjaya melepaskan diri dari kawalan pemain lawan untuk menanduk sepakan percuma Cordova bagi menggandakan kedudukan 2-0 di minit ke-21.

Umpanan Cordova menyaksikan Mexico mengukuhkan kedudukan 3-0 pada minit ke-57 selepas hantarannya ditanduk oleh Vega menerjah penjuru gawang lawan.

Jepun memperoleh gol saguhati pada minit ke-77 menerusi Kaoru Mitoma, namun kebangkitan yang cuba dilakukan tidak kesampaian.

Juara bertahan, Brazil akan menentang Sepanyol dalam perebutan pingat emas di Yokohama esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya