Ciapan Syafiq dapat pelbagai reaksi - Utusan Malaysia

Ciapan Syafiq dapat pelbagai reaksi

SYAFIQ AHMAD (kanan) bersama Corbin Ong ketika beraksi bersama JDT dalam saingan Piala Malaysia musim 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Komen pedas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap ciapan penyerangnya, Syafiq Ahmad mendapat reaksi pelbagai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air.

‘Jawapan balas’ Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang turut dikongsikan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers itu dihujani komen yang menyokong dan tidak kurang juga tidak bersetuju dengan komen bos pasukan Harimau Selatan itu.

Ramai juga warganet mencadangkan Syafiq untuk angkat kaki dari kelab itu memandangkan sudah tidak lagi mendapat tempat di skuad yang bakal merangkul kejuaraan kelapan Liga Super. 

Pemilik akaun bernama Je Bat melontarkan komen supaya Syafiq kembali bersama kelab lamanya, Kedah Darul Aman FC.

“Tweet beberapa patah perkataan ja dibalas sampai berapa perenggan. Balik kedah la Syafiq Ahmad, kami Kedah sedia terima hang,” tulisnya.

Bagi pemilik akaun bernama Azharon Helmi pula, mendakwa Syafiq sudah melakukan yang terbaik namun berdepan kesukaran untuk bersaing dengan penyerang import, Bergson Da Silva yang kini sedang bersaing merebut kasut emas.

“Aku rasa Shafiq (Syafiq) Ahmad itu sudah bekerja keras tapi hendak bersaing dengan penyerang import memang susahlah.

“Sekurang-kurangnya bagilah dia masuk bermain sama dan tidak diberikan peluang. Alasan konon kena berlatih dengan bagus la, apa la, itu semua alasan sahaja,” katanya. 

“Kurang minit perlawanan tak apa, yang penting akaun bank sentiasa berisi. Jangan pula dapat minit perlawanan tapi duit sangkut,” usik Zeno Dalius.

“Masuk Selangor Syafiq Ahmad. Selain JDT,  rasanya Selangor kelab yang stabil. Duit boleh dicari, maruah sudah tercalar.

“Kami rakyat malaysia nak tengok Syafiq Ahmad dalam skuad utama Malaysia. Kalau duduk simpanan, memang susahlah nak dapat tempat (skuad kebangsaan). De Paula main macam kayu tu pun boleh dapat skuad utama sebab dia pilihan utama di Perak dulu,” tulis Muhammad Azri.

Terdahulu, Syafiq menulis ciapan ‘Seronok tengok kawan-kawan main bola’ yang merujuk kepada perlawanan JDT menentang PJ City malam tadi sebelum memadam tulisan itu.

Bagaimanapun, kemelut di antara TMJ dengan pemain Harimau Malaya, Syafiq Ahmad kini sudah menemui noktah.

TMJ berkata, beliau sudahpun menghubungi Syafiq dan memberitahu pemain JDT itu akan beraksi apabila sudah bersedia.

“Kepada penyokong JDT dan yang ramai bukan penyokong JDT. Saya baru berbual dengan Syafiq. Dia akan bermain apabila bersedia, angkat piala dan ‘bakar mercun’. Tamat,” tulis TMJ
menerusi Instagram, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya