Pelakon lelaki ditahan dadah dibebaskan dengan jaminan polis

Pelakon lelaki ditahan dadah dibebaskan dengan jaminan polis

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Pelakon lelaki terkenal yang ditahan selepas ujian saringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkannya.

“Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan penahanan pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

Pelakon berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari.

Difahamkan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.

Sebelum ini, pelakon terbabit turut pernah ditahan berkaitan dadah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman selepas mendapati pelakon itu bersalah kerana menggunakan dadah dikenali THC.

Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda RM5,000.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN