fbpx

19 September 2021, 6:38 am

  TERKINI

Welson buru rekod kebangsaan

WELSON SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Welson Sim mencabar dirinya sendiri untuk memperbaiki rekod kebangsaan apabila turun beraksi dalam saringan 400 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Gagal mara lebih jauh dalam aksi di Rio lima tahun lalu, pemegang rekod kebangsaan acara 200m dan 400m itu bagaimanapun berharap keputusan lebih baik dapat dilakukan dalam penampilan kedua di Sukan Olimpik.

Welson bersama Phee Jinq En akan mewakili Malaysia dalam acara renang menerusi tiket ‘universal’ yang menjamin setiap negara boleh menghantar dua perenang terbaik pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Welson, 24, akan bersaing pada acara 200m dan 400m gaya bebas manakala Jinq En menyertai 100m dan 200m kuak dada wanita.

“Sasaran saya di Tokyo adalah untuk mengatasi masa terbaik peribadi selepas gagal mempamer prestasi yang diharapkan pada kejohanan Terbuka Malaysia sebelum ini.

“Saya harap dapat meraih keputusan lebih bagus di peringkat saringan kerana saya memang meletakkan harapan tinggi untuk memperbaiki rekod catatan terbaik peribadi yang juga rekod kebangsaan,” katanya.

Welson memecah 200m gaya bebas lelaki kebangsaan dengan catatan 1:47:36 saat (s) di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, selain memperbaiki rekod 400m gaya bebas menerusi kepantasan 3:49:29s yang dicatat pada Kejohanan NSW State 2019 di Sydney.

POPULAR

KOSMO! TERKINI