Sterling ‘kunci’ untuk kalahkan Itali - Neville  - Utusan Malaysia

Sterling ‘kunci’ untuk kalahkan Itali – Neville 

RAHEEM STERLING telah menyumbang empat gol dalam saingan Euro kali ini bersama skuad Three Lions.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain skuad Three Lions, Gary Neville berasakan Raheem Sterling mampu menjadi ‘kunci’ untuk mengalahkan Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, nanti.

Sterling, yang telah menyumbang empat gol dalam kempen tersebut, menjadi ‘punca’ ke atas kejayaan England mara ke final apabila menghadiahkan sepakan penalti setelah England terikat 1-1 dengan Denmark dalam aksi separuh akhir.

Neville berkata, pemain Manchester City itu berupaya memainkan peranan untuk membuka ruang pertahanan Itali yang dikawal oleh dua pemain berpengalaman, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

“Kira-kira empat atau lima hari lalu, saya hanya memikirkan tentang Jordan Pickford. Saya hanya menganggap dia adalah luar biasa berdasarkan rekod bersih tanpa bolos yang England perolehi.

“Luke Shaw sangat cemerlang dan Kyle Walker juga begitu. Kalvin Phillips hebat di bahagian tengah. Tetapi anda boleh katakan bahawa tindakan Raheem menerjah masuk ke benteng pertahanan Denmark sangat bijak.

“Dalam perlawanan akhir nanti, mereka juga perlu mencari jalan untuk memecahkan benteng pertahanan agar membolehkan Raheem memasuki ruang. Raheem adalah kunci bagi kejayaan Three Lions

“Kedua-dua pertahanan Itali itu sangat hebat. Sudah pasti mereka akan mengikat ketat Harry Kane dan menyukarkan pergerakan penyerang England itu untuk bergerak.

“Sterling saya yakin, jika dia dapat mengatasi dua atau tiga pemain dan berada dalam kedudukan terbaik untuk melepaskan rembatan, saya pasti dia boleh menjaringkan gol,” kata Neville.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya