'Saya rasa 50-50' - Utusan Malaysia

‘Saya rasa 50-50’

KAPTEN England, Harry Kane bagaimanapun percaya England mempunyai kualiti dan kelebihan untuk menjuarai Euro kali ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten England, Harry Kane menjangkakan peluang untuk mereka menang 50-50 memandangkan Itali juga bakal memberikan tentangan sengit dalam perlawanan akhir Euro 2020.

England dan Itali akan bertarung di pentas akhir di Stadium Wembley, esok dengan skuad Azzurri, yang juga juara dunia empat kali, pernah mengucup trofi Euro pada 1968.

England sebaliknya belum pernah merasai nikmat kemenangan di kejohanan Eropah itu sejak ia dipertandingkan pada 1960, yang menyaksikan Soviet Union menang 2-1 ke atas Yugoslavia.

Bagaimanapun, Kane percaya England mempunyai kualiti dan kelebihan untuk menjuarai Euro pada kali ini.

“Saya fikir 50-50. Itali mempunyai sejarah yang lebih bagus berbanding kami dari segi kemenangan dalam pertandingan ini.

“Bagaimanapun seluruh pasukan kami mempunyai pengalaman terbaik di peringkat kelab dan mereka beraksi dalam saingan kompetitif, termasuk perlawanan final yang besar,” kata Kane.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya