Police Sentri mengimbau zaman kanak-kanak - Utusan Malaysia

Police Sentri mengimbau zaman kanak-kanak

PERMAINAN Police Sentri yang dibangunkan Todak Studios bakal mengimbau zaman kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih ingat lagu ‘polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga‘.

Mengimbas permainan popular zaman kanak-kanak, Todak Studios melancarkan permainan dalam talian, ‘Police Sentri’ yang dijangka bakal mencuri tumpuan peminat e-sukan tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Studios, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan yang lebih dikenali sebagai Neo Todak berkata, ‘Police Sentri’ diangkat daripada permainan tradisional kanak-kanak Malaysia era 80-an dan 90-an yang berkonsepkan polis dan pencuri.

“Kita tahu generasi baru hari ini suka bermain dengan peranti dan kita tak nak permainan itu terus dilupakan sebab ‘Police Sentri’ ini agak unik, tetapi kalau nak ajar kanak-kanak sekarang pun tidak sesuai kerana situasi pandemik COVID-19, jadi kita bawa ke dalam talian.

“Permainan ini mudah kerana kita memang nak tarik minat-kanak-kanak dan kita nak masuk dalam mobile gaming,” katanya dalam majlis pelancaran menerusi lintas langsung di Facebooknya.

Pengasas Todak Studios, Khairul Azlan Zainal Ariffin yang dikenali sebagai Lan Todak berkata, permainan itu dibangunkan pasukannya dalam keadaan amat mencabar, dengan semua pekerja perlu bekerja dari rumah dan menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dia berharap permainan itu akan menjadi satu titik permulaan kepada pasukannya menghasilkan lebih banyak permainan dalam talian pada masa akan datang.

Police Sentri, secara dasarnya dimainkan secara dalam talian dengan seramai 10 pemain dibahagikan kepada dua pasukan iaitu untuk menjadi polis dan pencuri.

Sama seperti zaman kanak-kanak, pasukan polis perlu menangkap semua pencuri dan diletakkan ke dalam penjara manakala pencuri harus melarikan diri atau memegang beg berisi wang yang dicuri daripada polis sehingga waktu tamat untuk memenangi permainan.

Permainan itu boleh dimuat turun di https://todakstudios.itch.io/police-sentri?download untuk komputer dan sudah sedia untuk dimuat turun di Apps Store.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya