Pahlawan Merah 'merah padam' - Utusan Malaysia

Pahlawan Merah ‘merah padam’

KELANTAN FC sudah melupakan kekalahan 1-2 kepada PDRM, Rabu lalu untuk bangkit memburu kemenangan ke atas Terengganu FC II. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kelantan FC gagal meraih mata penuh selepas tumpas 1-2 ditangan PDRM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Kelantan FC dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten The Cops, Lazarus Kaimbi.

Sepakan itu diberikan pengadil selepas tonggak pertahanan tuan rumah Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan menjatuhkan Alvaro Cuello dalam kotak penalti.

Pelawat terus mendominasi perlawanan dan hampir menambah derita tuan rumah namun tandukan Muhammad Azrie Reza Zamri pada minit ke 31 tersasar.

Bersambung babak kedua, The Red Warriors (TRW) kembali mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-49 menerusi sepakan percuma menarik kapten pasukan Mario Arques yang berjaya ‘membelah’ benteng pelawat sekaligus melepasi jangkauan Muhd Asri Muhamad.

Selepas itu, Kelantan FC terus bernafsu untuk menambah jaringan namun rembatan Mohamad Hafizan Ghazali berjaya ditampan oleh pertahanan pelawat pada minit ke-61.

Enam minit berselang ‘ubi muda’ Mohamad Hafizan sekali lagi terlepas peluang mencatat nama sebagai penjaring apabila rembatannya dalam kotak penalti The Cops terus kedakapan Muhd Asri.

Peluang TRW menambah jaringan terus hadir pada minit ke-74 apabila rembatan pemain import TRW dari Indonesia Nataneal Ringo terkena tiang gol meskipun Muhd Asri sudah tertewas.

Pemain gantian PDRM FC Bruno Suzuki membunuh sisa-sisa perjuangan TRW apabila meledakan jaringan kedua pada minit ke-83.

Kekalahan kelima dalam saingan Liga Perdana musim ini menyaksikan Kelantan kekal di tangga kelima liga dengan 18 mata, manakala PDRM naik ke kedudukan keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya