Morata jadi mangsa kecaman - Utusan Malaysia

Morata jadi mangsa kecaman

ALVARO MORATA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 selaku pemain gantian, Alvaro Morata kemudian menjadi musuh Sepanyol selepas gagal menyempurnakan penalti.

Selepas gagal menyempurnakan sepakan keempat Sepanyol dalam penentuan penalti, penyerang Juventus itu mendapat kritikan dan kecaman meluas di media sosial.

“Salah satu sepakan penalti paling teruk pernah saya saksikan, Morata melakukan sepakan dengan lemah, penjaga gol sudah merebahkan badan sebelum dia menyepak bola,” kata salah seorang peminat di Twitter.

“Jika Morata dan Dani Olmo adalah pemandu lori (memuatnaik gambar lori terbabas sebelum memasuki terowong),” seorang lagi peminat mengecam Morata dan Olmo selepas gagal menyempurnakan tugas masing-masing.

“Bersemadi dengan aman – Morata,” kata seorang lagi peminat selepas sepakan lemah Morata mudah diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma, sebelum Jorginho menyempurnakan sepakan terakhir untuk membawa Azzurri ke perlawanan akhir.

Morata beraksi dalam kesebelasan utama hampir semua perlawanan di Euro walaupun mendapat kritikan bergelut untuk menjaringkan gol dan kemudian digugurkan daripada pasukan utama ketika menentang Itali. 

“Pasukan ini berhak memperoleh lebih, lebih dari ini. Sama seperti semua rakyat Sepanyol, ia juga impian saya dan juga impian pasukan.

“Saya hanya boleh kata, saya bangga menjadi sebahagian pasukan ini. Kepada siapa yang mempercayai kami, terima kasih. Bola sepak boleh menjadi sangat sukar pada satu masa,” kata Morata dalam Instagram.

Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique berkata, keputusan untuk mengetepikannya dalam kesebelasan utama menentang Itali adalah disebabkan kecederaan.

“Dia berdepan masalah kecederaan. Walaupun banyak diperkatakan mengenai personalitinya dia tetap mahu mengambil penalti.

“Dia berdepan masa yang sangat sukar di kejohanan ini tapi dia sangat hebat. Dia banyak menghadirkan ancaman terhadap pemain Itali. Dia menjaringkan gol dan sudah tentu dia sangat cemerlang,” kata Enrique.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya