Khairul, Syaqiera terlepas aksi berpasukan campuran - Utusan Malaysia

Khairul, Syaqiera terlepas aksi berpasukan campuran

KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khairul Anuar Mohamad menduduki tangga ke-20 dalam saingan penentuan ranking recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Yumenoshima Park, Tokyo sebentar tadi.

Dengan mengutip 661 mata, Khairul yang turun sebagai pemain No. 15 dunia dijangka berdepan laluan baik pada peringkat penyingkiran pertama, Selasa depan apabila menentang pemanah ranking ke-62 dunia, Antti Vikstrom dari Finland.

Gabungan 1,291 mata keseluruhan yang dipungut oleh Khairul dan pendatang baharu Sukan Olimpik, Syaqiera Mashayikh dalam individu wanita pada sebelah pagi meletakkan pasangan itu di tempat ke-19, sekali gus terlepas untuk beraksi dalam saingan berpasukan campuran esok. Hanya 16 kombinasi terbaik layak ke pusingan kalah mati.

Syaqiera, 21, mengutip 630 mata untuk menduduki tangga ke-43 dalam penentuan ranking wanita, satu keputusan positif buat muka baharu, apatah lagi dia memperbaiki catatan peribadi terbaik, 619 mata.

Dia kini dijadualkan untuk bertemu wakil Rusia, Elena Osipova, dalam pusingan penyingkiran pertama acara wanita pada Selasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya