fbpx

24 September 2021, 11:41 am

Bermuda raih emas pertama Olimpik

FLORA Duffy meraikan kejayaan melepasi garisan penamat acara triatlon wanita sebagai pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Flora Duffy memahat sejarah buat kepulauan kecil, Bermuda apabila menghadiahkan pingat emas Sukan Olimpik pertama mereka dengan memenangi acara triatlon wanita di Tokyo hari ini.

Atlet berusia 33 tahun itu mencatatkan masa 1 jam 55 minit 36 saat untuk menewaskan pencabar terdekat dari Great Britain, Georgia Taylor-Brown dengan catatan masa lebih seminit (1:56.50s) , manakala Katie Zaferes dari Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa menerusi masa 1:57.03s.

Kejayaan Flora menjadikan Bermuda muncul negara paling terkecil dalam konteks populasi dengan anggaran 70,000 penduduk, memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Bagi Duffy, kemenangan itu amat bermakna selepas berdepan kecederaan dan didiagnos dengan masalah anaemia pada 2013.

Dia meninggalkan sukan itu selepas gagal menamatkan saingan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dan mula bekerja di sebuah kedai di Bermuda sebelum kembali membuat penampilan selepas menamatkan pengajian ijazah.

Dalam saingan yang tertangguh selama 15 minit kerana hujan lebat, Duffy dilihat mendominasi dalam acara larian di hujung saingan.

Dia mula menjarakkan diri kepada satu minit dan kemudian tidak menerima cabaran selepas itu. Satu-satunya pingat yang pernah diraih Bermuda di Olimpik adalah menerusi Clarence Hill, iaitu gangsa pada 1976. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI