Berdebar tonton aksi Aaron, Wooi Yik - Utusan Malaysia

Berdebar tonton aksi Aaron, Wooi Yik

AKSI Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik ketika menentang beregu Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui sangat berdebar menyaksikan perlawanan di antara beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang pasangan Korea Selatan, Korea Selatan, Choi Solgyu-Song Seung Jae dalam aksi pembukaan Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo semalam.

Beliau menyuarakan perasaan gembira apabila pasangan negara yang menghuni ranking kesembilan dunia itu berjaya mengalahkan lawan mereka yang berada di kedudukan kelapan dunia menerusi keputusan 24-22, 21-15 dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza.

“MANTAP!! Berdebar melihat aksi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (kedudukan kesembilam dunia) sebentar tadi, mengalahkan beregu Korea, Choi Solgyu dan Seo Seungjae (kedudukan kelapan dunia).

“Tahniah Aaron dan Wooi Yik! Prestasi yang amat baik daripada kedua-dua beregu negara. Less mistake and well executed. Syabas!

“Kekalkan momentum untuk perlawanan seterusnya menentang pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan (No. 2 dunia) . Perlawanan yang lebih sengit saya sangkakan,” katanya menerusi laman Instagram.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sudah memberikan 100 peratus tetapi tewas 18-21, 21-10, 16-21 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet semalam.

Beregu campuran negara itu yang memenangi pingat perak di Rio 2016 bagaimanapun tersingkir dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas kalah kepada pasangan Jerman iaitu Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich 12-21, 15-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya