10 atlet Nigeria 'disekat' beraksi di Olimpik - Utusan Malaysia

10 atlet Nigeria ‘disekat’ beraksi di Olimpik

KONTINJEN Nigeria ketika menyertai perbarisan upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sepuluh atlet Nigeria adalah antara 18 atlet dari negara ‘berisiko tinggi’ yang disekat daripada beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo selepas gagal memenuhi keperluan ujian dadah di luar pertandingan, kata badan bebas anti doping Olahraga Dunia.

Unit Integriti Olahraga (AIU) berkata, atlet terbabit gagal memenuhi peraturan yang diperkenalkan pada 2019 yang memerlukan atlet dari negara yang disifatkan berisiko tinggi untuk doping – yang dipanggil negara ‘Kategori A’ – supaya menjalani tiga ujian di luar pertandingan tanpa notis dalam tempoh 10 bulan sebelum temasya terbabit.

AIU menjelaskan dua atlet dari Kenya digantikan oleh persekutuan kebangsaan sebelum penyertaan dilakukan.

Negara lain yang turut disekat adalah Belarus (tiga atlet), Ethiopia (satu atlet), Kenya (dua atlet), Maghribi (satu atlet) dan Ukraine (tiga atlet).

Nigeria muncul negara paling terkesan apabila 10 daripada 23 atlet ke Tokyo disahkan tidak layak.

Sumber rapat mengesahkan pelari pecut dan juga harapan pingat untuk Nigeria, Blessing Okagbare tidak berada dalam kalangan 10 atlet terbabit.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada atlet yang dikenakan sekatan oleh AIU itu sudah tiba di Jepun ataupun tidak.

Pengerusi Lembaga AIU, David Howman berkata, meskipun negara dalam Kategori A menunjukkan peningkatan signifikan dengan usaha anti doping, namun masih ada perjalanan yang jauh dalam sesetengah keadaan.

“Peraturan untuk kelayakan bagi atlet dalam Kategori A sangat jelas dan pematuhan sangat penting bagi mengukuhkan perubahan jangka masa panjang yang diperlukan selain memastikan keadilan buat atlet yang bersih,” katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya