'Xavi' Beseri sedia ke Brazil - Utusan Malaysia

‘Xavi’ Beseri sedia ke Brazil

UZZAIR ZAYYAN (tengah) yang bakal masuk ke Akademi Cruzeiro, Brazil bersama ibu dan bapanya melihat koleksi piala yang dimenangi di rumah mereka di Kampung Tunjong, Beseri, Perlis semalam.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bakat istimewa Uzzair Zayyan Naimulddin, kanak-kanak berusia 12 tahun dari Beseri di sini yang diterima masuk ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British International School Phuket (BISP) sudah dikesan sejak berusia enam tahun.

Dia mengakui, tidak mahu melepaskan peluang berlatih di Akademi Cruzeiro itu untuk memantapkan kemahiran, teknik dan mencari pengalaman di pentas antarabangsa sebelum bergelar pemain profesional.

“Permohonan untuk memasuki akademi tersebut sudah dibuat sejak tahun lalu dan perlu melalui beberapa proses termasuk menghantar video semasa bermain bola sepak, temu bual berkaitan sukan tersebut dan akademik.

“Kebiasaannya, proses ini dilakukan bersemuka tetapi kerana Covid-19, semua dilakukan secara dalam talian. Saya memang tidak menyangka diterima masuk kerana semasa sesi temu bual saya berasa gementar.

“Peluang ini, diharap dapat membuka peluang kepada saya untuk menjadi pemain bola sepak profesional seperti idola saya iaitu bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez dan bekas pemain negara, Safee Sali,” katanya kepada Utusan Malaysia.

UZZAIR Zayyan (kanan) diterima masuk ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil – British International School Phuket (BISP), Ogos depan. – UTUSAN

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, cita-cita seorang pelajar berusia 12 tahun dari Beseri di sini untuk menjadi pemain bola sepak professional semakin cerah apabila diterima masuk ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil -BISP pada Ogos depan.

Uzzair Zayyan yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Beseri diserap di bawah Program High Performance Team (HPT) dan mendapat biasiswa sukan (bola sepak) berjumlah RM120,000 setahun yang dikendalikan di bawah Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil.

Sementara itu, bapanya, Naimulddin Haron, 42, akan terus memberi sokongan kepada anaknya itu untuk mengejar cita-cita dan berharap anaknya tidak akan meninggalkan bidang akademik.

“Alhamdulillah, walaupun aktif bersukan, Uzzair masih memberi tumpuan dalam kelas semasa belajar. Terlibat dalam sukan ini juga menjadikannya lebih berdisiplin, dapat mengawal panas baran dan juga dapat membuat keputusan dengan baik,” katanya yang juga Guru Besar SK Titi Tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya