Diugut bunuh, Enrique serah kepada polis - Utusan Malaysia

Diugut bunuh, Enrique serah kepada polis

LUIS ENRIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Pengendali Sepanyol, Luis Enrique menyerahkan kes kepada pihak polis berhubung situasi penyerang mereka, Alvaro Morata yang menerima ugutan bunuh selain kata-kata cacian.

Penyerang Juventus itu mendedahkan perkara tersebut selepas keluarganya menerima ugutan berkenaan sewaktu menghadiri perlawanan Sepanyol di Seville, yang mana menyaksikan Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Kes ini sangat serius, saya serahkan kepada pihak polis.

“Menghina dan membuat ancaman bunuh terhadap sesiapa pun, termasuk kepada keluarga atau anak-anak adalah satu kesalahan.

“Perkara ini diserahkan pihak berkuasa dan ia perlu ditangani dengan tegas,” kata Enrique dalam sidang akhbar menjelang aksi seterusnya.

Skuad La Roja akan berdepan Crotia esok (pukul 12 tengah malam waktu Malaysia) dalam aksi peringkat 16 terakhir di Stadium Parken, Conpenhagen.

Dua hari lalu, Morata mendedahkan bahawa isteri dan anak-anaknya diganggu ketika kempen tersebut berlangsung disebabkan prestasinya bersama Sepanyol.

Morata bergelut dengan prestasi tidak menentu sepanjang kempen kali ini apabila terlepas beberapa peluang termasuk penalti ketika aksi terakhir Kumpulan E menentang Slovakia di Seville.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya