'Saya baik-baik saja' - Utusan Malaysia

‘Saya baik-baik saja’

Christian Eriksen masih dipantau di hospital selepas mengalami serangan jantung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Christian Eriksen yang rebah di atas padang ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan Euro 2020 berkata, dia dalam keadaan baik dalam hantaran yang dimuatnaik di Instagram dari hospital.

“Saya baik-baik sahaja. Masih dalam pemantauan, saya perlu melalui beberapa pemeriksaan di hospital namun berasa sihat,” tulis bintang tengah Denmark itu berserta gambar tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus dari atas katil.

Ahad lalu, Eriksen, 29, mengejutkan dunia apabila tiba-tiba rebah di atas padang pada minit ke-43 ketika membantu Denmark menentang Finland dalam perlawanan Kumpulan B.

Pasukan perubatan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selepas dia tidak terbaring kira-kira 15 minit sebelum diusung keluar dari padang dan dikejarkan ke hospital. Dia kemudian disahkan mengalami serangan jantung.

“Terima kasih di atas ucapan yang menyentuh perasaan dan luar biasa. Serta mesej dari seluruh dunia. Ia sangat bermakna buat saya dan keluarga.

“Sekarang saya mahu memberi sokongan kepada rakan sepasukan dalam skuad Denmark untuk perlawanan seterusnya. Bermain sepenuh hati buat rakyat Denmark,” kata bintang Inter Milan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya