fbpx

Pemain Belgium bagai hilang keyakinan 

PEMAIN Belgium menjalani latihan di Tubize semalam dalam persiapan menghadapi Rusia pada aksi pembukaan Euro 2020, Ahad ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ST. PETERSBURG: Kedudukan Belgium sebagai pasukan No. 1 dunia tidak menjamin negara itu mempunyai peluang yang baik dalam Euro 2020, malah pemainnya sendiri seperti hilang keyakinan untuk menghadapi kejohanan itu.

Apa yang merundung skuad Red Devils itu adalah tiga trio utamanya mungkin tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan bermula pembukaan menentang Rusia di St. Petersburg, Ahad pagi. 

Dua pemain veteran pasukan itu, Jan Vertonghen dan Dries Mertens mengakui Belgium tidak menjadi pasukan pilihan, sebaliknya England dan Perancis dilihat menjadi tumpuan dalam Euro kali ini.

“Kami tidak rasa pasukan ini akan menjadi pilihan dalam Euro 2020, namun tetap yakin berada tidak jauh daripada tanggapan itu.

“Walaupun England dan Perancis dilihat sebagai pasukan pilihan, tetapi kami yakin untuk menewaskan mereka sebab kedua-duanya pernah ditundukkan beberapa kali sebelum ini,” kata mereka.

Belgium akan memulakan kempennya menentang Rusia dalam Kumpulan B pada awal pagi Ahad ini dengan dengan cabaran tanpa Kevin De Bruyne, Axel Witsel serta ketua pasukan, Eden Hazard.

Walau bagaimanapun, penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku dilihat mereka sebagai pemain harapan untuk memberi berita baik kepada peminat Red Devils dalam perlawanan pembukaan nanti. – AGENSI