Malang sungguh nasib Portugal - Utusan Malaysia

Malang sungguh nasib Portugal

PORTUGAL akan menentang pasukan No. 1 dunia, Belgium pada pusingan 16 akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Selepas melepasi kumpulan ‘maut’ dan menentang dua pasukan terbaik Eropah, Perancis serta Jerman, Portugal tidak sempat menarik nafas apabila bakal berdepan pula pasukan No. 1 dunia, Belgium dalam pusingan 16 akhir, Isnin depan.

Dua gol daripada dua ‘kuda tua’, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema membolehkan Portugal dan Perancis seri 2-2 dalam aksi penutup Kumpulan F yang berlangsung sengit semalam.

Juara dunia, Perancis menutup saingan selaku juara kumpulan, sekali gus bakal menentang Switzerland, Selasa depan, manakala Portugal, yang turun dengan status penyandang juara terpaksa berpuas hati di tangga ketiga dan Jerman yang diikat 2-2 oleh Hungary di tempat kedua.

Dua jaringan Ronaldo, 36, kedua-duanya menerusi sepakan penalti membolehkan bintang Juventus itu menyamai rekod penjaring terbanyak dunia sepanjang zaman iaitu 109 gol yang dipegang legenda Iran, Ali Daei.

Bagaimanapun pengendali Portugal, Fernando Santos sempat memikirkan tentang rekod Ronaldo atau kejayaan mara ke aksi kalah mati, sebaliknya pening memikirkan perlu berdepan Belgium dalam tempoh yang singkat selepas mengharungi kempen ‘gila’ Kumpulan F.

BELGIUM mempunyai tempoh rehat yang lebih panjang berbanding Portugal.

“Rehat sangat penting dan kami perlu mengurangkan penggunaan tenaga dalam tempoh 48 jam untuk pemain pulih sepenuhnya menjelang perlawanan Ahad nanti (3 pagi Isnin waktu Malaysia).

“Kami kena fikirkan jalan terbaik untuk pemain ‘caj’ semula tenaga dan mental. Sekarang, kami harus hilangkan keletihan.

“Perlawanan selepas ini jauh lebih sukar. Kami akan menentang pasukan terbaik dunia dan bermain di bawah suhu panas (Seville). Kami akan segera mengkaji permainan Belgium sebelum perlawanan,” kata Santos.

Sementara itu, Benzema, 34, puas kerana dua jaringannya bukan saja membantu Les Bleus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan F, malah membuktikan dia masih berguna.

Penyerang Real Madrid itu kembali disenaraikan oleh jurulatih Didier Deschamps selepas lebih lima tahun tersisih susulan dakwaan terbabit dalam jenayah peras ugut.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan keputusan ini. Saya rasa semua orang menanti saat ini.

“Sudah pasti terdapat sedikit tekanan berikutan situasi tersebut tetapi sebagai pemain bola sepak profesional saya perlukan tekanan itu,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya