Jentera muda Turki sedia bedil Azzurri - Utusan Malaysia

Jentera muda Turki sedia bedil Azzurri

TURKI sedia gempur Itali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Turki yang dibentuk oleh sebahagian besar muka baharu sedia membedil pasukan veteran Eropah, Itali apabila dua pasukan berlainan darjat itu bertempur dalam aksi pembukaan Euro 2020 di Stadium Olympic esok.

Selepas penampilan yang tidak menyenangkan dalam Euro 2016 dan tercicir daripada Piala Dunia 2018, Turki membawa sebahagian besar pemain generasi baharu di bawah pengendali veteran, Senol Gunes, 69.

Skuad berwajah baharu Turki mengutip empat mata dari dua perlawanan menentang juara dunia, Perancis di pusingan kelayakan Euro, selain mengalahkan Belanda 4-2 dalam kelayakan Piala Dunia dan mengikat Jerman serta Croatia 3-3.

Benteng ampuh menjadi kekuatan terbesar Turki yang hanya bolos tiga gol dalam 10 perlawanan kelayakan. Bek tengah Leicester, Caglar Soyuncu dan Juventus, Merih Demiral pemain terakhir yang perlu ditembusi lawan jika mahu membolosi gawang mereka.

Perancang utama AC Milan, Hakan Calhanoglu mampu menjadi jeneral di tengah padang, manakala pemain paling tua dalam pasukan, Burak Yilmaz, 35, akan barisan muda Turki untuk melakar kejutan dalam aksi Kumpulan A.

KING Burak sedia memimpin Turki ke tempat selayaknya.

Terkenal dengan julukan ‘King Burak’ dalam kalangan penyokong, bintang penyerang yang membawa Lille muncul juara Perancis itu sedia menggunakan segala kepakaran untuk menembusi gawang Azzurri.

‘King Burak’ akan bergandingan bersama Zeki Celik dan Yusuf Yazici akan menjadi penggempur utama Turki.

“Objektif utama kami menentang Itali adalah menang. Mereka pasukan besar di Eropah, malah dunia tetapi fakta itu tidak menggerunkan.

“Pasukan ‘berwajah’ baharu Turki telah mengejutkan banyak gergasi Eropah. Kami mampu bermain lebih baik menentang pasukan-pasukan besar, jadi kami tidak takut dengan sesiapa pun di atas padang.

“Kami mahu memulakan kempen dengan langkah kanan dan meletakkan Turki di tempat selayaknya,” kata Yilmaz. – AGENSI

KAPSYEN
PASUKAN Turki sudah bersedia menggempur Itali dan menghadirkan kejutan terbesar dalam Euro 2020 pada aksi pembukaan di Rome esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.