fbpx

14 Jun 2021, 7:58 am

  TERKINI

Itali sasar separuh akhir Euro 2020

ROBERTO Mancini menyasarkan skuad kendaliannya layak ke separuh akhir kejohanan Euro 2020 yang akan bermula esok.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Pengendali Itali, Roberto Mancini berharap barisan pemainnya akan menampilkan aksi cemerlang bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir Euro 2020.

The Azzurri akan berdepan Turki awal pagi esok di Stadio Olimpico bagi aksi pembukaan kejohanan itu.

Buat masa sekarang, skuad kendalian Mancini memiliki rekod 27 perlawanan tanpa kalah sejak 2018 dan dilihat bakal menjadi pencabar utama untuk saingan kali ini.

Dia juga menyasarkan untuk beraksi di London, bulan hadapan iaitu lokasi separuh akhir kejohanan itu akan berlangsung.

“Selepas apa yang kami lalui, sudah sampai masanya untuk kembali meletakkan senyuman kepada semua.

“Itu adalah sasaran kami untuk sebulan ini, kami mahu berikan kegembiraan kepada penyokong. Kami akan menikmati setiap 90 minit perlawanan dengan memberikan segalanya.

“Perlawanan pembukaan biasanya paling sukar dalam mana-mana pertandingan. Kami perlu tenang dan bergembira.

“Saya yakin dengan kemampuan pasukan ini sejak tiga tahun lalu dan saya suka jika pasukan ini dapat beraksi di London,” kata Mancini.-AGENSI