Itali mulakan Euro dengan meyakinkan - Utusan Malaysia

Itali mulakan Euro dengan meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Kejutan yang dijangkakan hadir daripada Turki tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Itali memenuhi reputasi sebagai pasukan pilihan apabila menang 3-0 dalam aksi pembukaan hari ini.

Beraksi setahun lewat daripada jadual asal akibat pandemik Covid-19, skuad Azzurri tampak bersemangat ketika memulakan saingan Kumpulan A.

Kesemua gol hadir pada babak kedua perlawanan di Stadium Olimpico yang menyaksikan kehadiran suku penyokong daripada kapasiti penuh stadium.

Jaringan sendiri Merih Demiral meletakkan Itali di depan pada minit ke-53.

Dua bintang Azzurri, Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne masing-masing meledak  gol untuk melengkapkan kemenangan selesa skuad bimbingan Roberto Mancini.

Itali akan berdepan Switzerland dalam perlawanan kedua, Khamis depan manakala Turki bertemu Wales. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya